boleh caye ke?
05 May 2012, ϟ 0 shout(s)


selamat sudah aku ke kuala lumpur international bookfair 2012, PWTC semalam. dan selamat lah jugak aku bertemu rakan-rakan sekolah yang almost 2 years tak jumpe. waaaa~ i'm gonna miss you all again. 

macam biasalah, dah nama pesta buku, mestilah sesak dengan lautan orang. tapi kitorang memang plan nak pegi time orang bekerja, so takde la sesak sangat. masih boleh bernafas lagi. haha.. bijak tak aku..tapi ade bende jadi kat sane yang buat aku tak selese gilerrr.

sampai je PWTC, sorang kawan aku belum sampai lagi. so, sebab panas,  yang dah sampai memang terus je lah masuk PWTC. kan dalam tu ade air-cond. sape yang sanggup berpanas kat luar kan. masuk je nampak booth alaf 21. tipulah kalau pergi book fair tak masuk alaf ni. event tak beli pape, mesti masuk la tengok-tengok ape yang menarik. dan memang tak de yang menarik minat aku punnnn.. kuar dari alaf, jalan depan sikit, ade sorang akak tu tahan aku dengan aini. kitorang sebenarnye nak pergi toilet. dan aku malas la nak dengar akak ni nak cakap ape. tapi akak ni memang pandai la goreng cakap kejap je..kejap je dik.. tak lame pun.. dan dari situ lah mulanya detik-detik aku nak lari je dari booth tu......

pernah dengar ligguaphone tak?? 

ni macam software nak improve english. first, bab grammar. pastu ade part yang bende tu ajar care nak cakap english dengan betul. dorang guna trick yang konon-kononnya bende ni sangat membantu aku nak ambik MUET nanti. eeeee...tengok gambar pun menyampah tau.

okay..start with kakak tu. ade la dalam 5 minit dia bebel, tanye nama, asal dari mana, study kat mana, akak ade customer dari U adik, dia dapat band 5 MUET sebab guna lingguaphone ni laa, bla..bla..bla..jujur ye, first impression aku bila dengar 'LINGUAPHONE'. linguaphone??? macam pernah ku dengar nama tu.. ohhh..ada kat board kolej baiduri. berita pasal orang kene tipu guna bende alah tu. ni ha berite dia http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KontrakLinguaphonebatal/Article

then, aku yang baik ni tak tau macam mane nak cakap "akak, udah2 la tuu" terus je la dengar dengan harapan kejap je..pastu bla la..haaaa..memang kejap sangat la. dia pass kat sorang abang ni pulakk.. "adik duduk kat sini ye (sambil tunjuk kerusi yang ade depan abang tu). abang ni boleh terangkan." aku pun ok je lah. just nak tau macam mane software yang akak tu cakap hebat sangat.

dan kerana aku ni baik lah, aku dipaksa (sebab memang aku tak rela langsunggg. waaaaa~) dengar 'ceramah' abang tu lebih dari setengah jam. memang aku dah pusing kiri, depan, kanan la kan..mane tak boring. sebab aku dan mind set kan yang jangan beli. dorang ni penipu je.. abang tu pulak satu hal. buat2 tak paham. dan masa tu lah jugak message plus call masuk macam tak cukup tanah. kawan2 aku sibuk cari aku dengan aini kemana. aku nak layan phone kang kate tak sopan. 

dan aku ambik langkah bijak dengan cakap. "sori lahh saya tengah kejar masa ni." pastu dia tanya aku guna akaun ape? pulakkk.. siap tanya berapa riban ade dlm tu..hish..ni dah melampau. bagi aku bende tu personal kot. even tak de la berjuta-juta dalam akaun, aku tetap tak selesa nak share dengan orang. tak kenal plak tu.. silap2 lepas tu mintak no akaun aku. dia siap citer bulan-bulan kena bayar RM110. kalau tak de duit, nak skip pun tak pe. next month, bayar macam biase. no interest. "adik kumpul la 3 ringgit lebih sehari. mesti dapat kumpulnye 110 tu sebulah..bla..bla..bla.." ingat senang ke. aku bajet 50 ringgit seminggu, untuk makan je, tak lepas. ni nak cut lagi 3 ringgit. perghh.. memang nak suruh aku puasa la kan. 

dan adegan ni buat aku makin panas..tibe-tibe dari mana entah datang borang. siap pegang pen. "adik bawak IC tak?" jap2..aku ade cakap ke aku setuju nak beli???? what the f.... nampak tak trick dia? aku macam nak lariiii je dari situ..tolonglah..

dan bila aku cakap "saya tak nak beli lah bang." memang berubah kot muka abang tu. haha.. ingat kau senang-senang nak tipu aku.. andaian aku dia memang dah sure giler kot aku akan beli. sebab aku ni angguk-angguk je. tak bantah or soalkan ape yang dia jual pun. alasan aku "bang, ni pasal duit. saya tak boleh nak buat keputusan sendiri. kena bincang dulu dengan mak ayah saya dulu." betulkan aku cakap? kite kena tanye dulu pandangan famili kan. sebab bila susah, family la yang akan tolong kita. 

yang ni 1 hal..aku mintak la abang tu no telefon syarikat tu..ye la kalau tibe2 ayah aku bagi beli ke.. tepon je lah. cakap nak beli. boleh pulak dia cakap "kitorang jual time promosi macam ni je. kalau tak tak de. nanti adik beli lagi mahal..rugi." nampak tak betapa terdesak nya dia. first time kot aku jumpe orang jual cenggini.. selalu kan orang bagi no telefon.. suruh call kalau minat.

"adik, macam ni lah. abang bagi contoh. adik sekolah dulu dengan hasil duit titik peluh adik kerja sendiri, abang yakin adik dapat 11 A tau dalam SPM. sebab adik akan hargai duit yang adik guna untuk sekolah. macam sekarang la jugak. adik beli benda ni guna duit adik. mesti konpem adik akan hargai punye." berkata abang tu. amboiiiii..pandai kau berkata-kata. bagi aku la..dah kenapa pulak. logiknya la, tak de murid yang pergi sekolah guna duit hasil titik peluh sendiri. adeke?? abang ni gebang je lebih ni..

dan akhirya, sebab aku dah tak tahan duduk situ, kena paksa. aku ulang balik "hal duit saya kene bincang dengan mak ayah saya dulu. mintak maap." bangun dan tak payah pandang kiri kanan jalan terus kuar dari booth tu..selamat~

syukur sangat aku pernah terbaca keratan surat khabar tu kat UiTM. pergghh..kalau tak, memang tak tau la nak cekau duit dari mane..sebab dorang yang dah terkena cakap pihak syarikat tu memang akan memaksa pelanggan untuk beli dan dia akan charge interest sekali sedangkan mase mule2 dia cakap no interest.

ok. software ni memang bagus. aku akui. sebab aku dah tengok sendiri. tapi masalahnya, yang kau tipu bab bayaran tu kenape? dah lah yag kena tipu tu student yang hanya mengharapkan ptptn, yang terpaksa ikat perut sebab nak bayar duit buku campur dengan bayaran persatuan lah, kolej lah, kelas lah yang entah ape-ape tu. cuba yang kau tipu tu pekerja yang dah ada pendapatan tetap..dato'2, tan sri. kan dorang tak rasa sakit yang macam kami, student rasa. common lah, kau pun student jugak kan dulu.

to student kat luar sana, jangan lah korang terpedaya. ramai dah yang kena. hati-hati kalau nak beli something.. lagi-lagi yang beribu-ribu ni.. 

ni link lain yang jadi bukti bahawa korang kena hati-hati dengan languaphone ni.

wassalam.




new past